News Update :
Home » » Azab Bagi Orang yang Meninggalkan Shalat

Azab Bagi Orang yang Meninggalkan Shalat

Inilah Azab siksaan Bagi Orang yang Meninggalkan Shalat.
Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Barang siapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 15 tindakan yang merbahaya ke atasnya.

6 Balasan Ketika Masih Hidup:

1. Allah akan mencabut barakah dari umurnya

2. Allah akan membuang ciri-ciri orang yang baik (nur) dari wajahnya

3. Setiap amalan yang dilakukan Allah tidak akan dibalas

4. Do'anya tidak akan naik ke langit

5. Bukan darinya dianggap sebagai do'a orang yang soleh

6. Roh dikeluarkan tanpa Iman

Bagi 3 balasan semasa hendak mati:

1. Mati didalam keadaan yang sangat memalukan

2. Mati didalam keadaan lapar.

3. Mati didalam keadaan haus, walaupun minum air seluruh lautan sekalipun ia masih haus.

Bagi 3 balasan semasa didalam kubur:

1. Allah menyempitkan kuburnya sehingga tulang rusuknya bertemu

2. Allah membakar kuburnya dengan api !

3. Allah menghantarkan seekor ular yang bernama "al-syujaa'" yang akan memukulnya dari pagi sehingga tengahari kerana meninggalkan solat Subuh, dari tengahari sehingga Asar kerana meninggalkan Asar dan seterusnya. Dengan setiap pukulan ia boleh menimbuskan seseorang sejauh 70 ela kebawah tanah.

Bagi 3 balasan dihari Kiamat:

1. Allah menghantar mereka yang bersamanya kedalam neraka dengan cara menarik mukanya.

2. Allah melihatnya dengan marah yang menyebabkan daging dimukanya jatuh kebawah

3. Allah mengadilkannya secara ketat dan mencampakkannya kedalam api neraka dan ia adalah satu keputusan yang buruk!


Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Love Islam . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger